Monday, 8 April 2013

LAGU SEKOLAH

Bersatu dan Berusaha
Cogankata yang Murni
Disiplin Mesti Dipatuhi
Itu Amalan Kami

Guru Semua Dihormati
Memberi Pimpinan Murni
Ilmu Mesti Dicari
Untuk Bekalan Kami

C/O

Majulah Majulah
SK Telok Malek
Majulah
Penyuluh Pelita
Sekolah yang Tercinta

Pada Negara Tercinta
Kami Pohonkan Doa
Semoga Aman Bahagia
Di sepanjang Masa

Monday, 1 April 2013

MESYUARAT AGONG PIBG SK TELOK MALEK KALI KE-36


Pada 14 Mac 2013 bersamaan dengan hari Khamis, telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG di Dewan Murni Sekolah Kebangsaan Telok Malek. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah organisasi perantara bagi sekolah dan ibu bapa. Organisasi yang berkesan dapat menyokong disamping meningkatkan keseluruhan program pendidikan sekolah. Fungsi PIBG ialah membantu sekolah dalam pelbagai aktiviti demi kebaikan anak-anak yang belajar di sekolah ini. 
Sesi pendaftaran ibu bapa murid
Ibu bapa yang hadir mesyuarat
Barisan tetamu kehormat yang dialu-alukan


Guru Besar SKTM menyampaikan ucapan beliau

Ucapan daripada YDP PIBG Encik Anuar bin Zainon
Ucapan Perasmian daripada Encik Aminudin bin Omar
 Pengurus Operasi Yayasan Pembangunan Masyarakat Daerah Kubang Pasu 

Cenderahati disampaikan kepada
 ibu bapa yang hadir
Pembentangan usul 

Jamuan yang disajikan selepas
mesyuarat berlangsung












Jamuan para guru SKTM
Mesyuarat PIBG diadakan untuk pemuafakatan dan diharap dapat membina tentang tugas dan tanggungjawab bersama antara ibu bapa dan guru, bagi membantu meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah. Selain itu, dapat mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat. Mesyuarat pada kali ini telah dirasmikan Encik  Aminudin bin Omar, Pengurus Operasi Yayasan Pembangunan Masyarakat Daerah Kubang Pasu.