
Mula ditubuhkan pada tahun 1951 dengan bermula sebuah Sekolah Rakyat yang dibiayai dengan wang/tabung rakyat setempat dengan hasrat memberi pelajaran kepada anak kampung ini supaya tidak buta huruf. Tapak sekolah ini merupakan wakaf daripada Allahyarham Encik Baharom bin Mat yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Om.
Pada mulanya jumlah muridnya hanya 64 orang yang terdiri daripada anak-anak Kampung Telok Malek dan Kampung Budi. Kelas pembelajarannya hanya dari darjah 1 hingga darjah 5 sahaja. Bagi murid yang ingin menyambung pelajarannya terpaksa ke Sekolah Kebangsaan Jitra yang jaraknya lebih kurang 6 kilometer.
![]() |
| Blok banguan Makmal Sains dan Bilik Muzik |
Atas desakan Lembaga Pengelola Sekolah Rakyat pada masa itu, pada tahun 1961 pengurusan sekolah ini diambil alih oleh kerajaan sepenuhnya. Bangunan baru telah dibina dengan empat bilik darjah dan sebuah pejabat. Struktur pembinaannya separuh batu dan pada masa kini telah diubahsuai menjadi dewan, Bilik Kemahiran Hidup dan Bilik Kesihatan.
Pada tahun 1972 sebuah bangunan lagi telah dibina bagi menampung murid yang kian bertambah yang mempunyai dua bilik darjah yang lebih selesa dari yang sedia ada. Bangunan itu sekarang ini telah diubah suai menjadi Makmal Sains dan Bilik Muzik.

Sepuluh tahun kemudian iaitu pada tahun 1982 sebuah bangunan dua tingkat dibina yang dilengkapi dengan Bilik Pejabat Sekolah, Bilik Kelas Tahun 6, Kelas Tahun 5, dan Pusat Sekolah. Manakala di tingkat bawah terdiri daripada Kelas Tahun 1 hingga 4, dan Bilik Pra Sekolah.
Serentak dengan itu juga diberi peruntukan membina padang permainan sekolah di atas tapak kawasan sawah padi yang pada masa itu di hadapan sekolah.

Bangunan baru ini telah dirasmikan oleh YAB. Menteri Besar Kedah pada masa itu, Dato' Seri Haji Osman bin Aroff pada tahun 1984
Antara tokoh yang banyak berjasa kepada sekolah ialah Allahyarham En. Baharom bin Mat, Allahyarham Tn. Hj. Othman bin Awang, Tn. Hj. Othman bin Ahmad, En. Ahmad bin Taib dan En. Salim bin Ariffin.

Teringat sekolah lama
ReplyDelete