Monday, 18 March 2013

MAJLIS PELANCARAN BULAN ANTI-DADAH PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK MALEK 2013


LAPORAN MAJLIS PELANCARAN BULAN ANTI-DADAH PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK MALEK 2013

Majlis dirasmikan oleh Yang Berusaha Guru Besar SKTM
En. Mohamad Yusuff bin Abu Bakar.
Persembahan Pantun oleh Murid Tahun 6
            Pada hari Ahad, tanggal 03 Mac 2013 jam 7.30 pagi di Dewan Murni Sekolah Kebangsaan Telok Malek, telah diadakan majlis pelancaran Bulan Anti Dadah Peringkat Sekolah bagi tahun 2013. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Guru Besar Sekolah Kebangsaan Telok Malek Encik Mohamad Yusuff bin Abu Bakar.
            Dalam ucapan perasmian, Guru Besar telah membacakan semula ucapan daripada Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Muhyiddin bin Yassin. Dalam ucapan tersebut, beliau mengingatkan kepada semua guru-guru di sekolah agar sentiasa menitik beratkan aspek pencegahan kepada berlakunya penyalahgunaan dadah terhadap murid-murid sekolah samada daripada sekolah menengah apatah lagi sekolah rendah.  Selain itu rasionalnya diadakan Bulan Anti Dadah 2013 ini di sekolah adalah untuk memberi kesedaran awal kepada murid-murid tentang bahaya dadah. Dengan penerangan yang jelas, murid-murid akan lebih memahami apakah yang dimaksudkan dengan dadah dan kesan penyalahgunaannya kepada kehidupan manusia.
Pertandingan Kuiz yang dikelolakan oleh
Encik Saiful Adli bin Abd Samad
Ceramah Anti-Dadah disampaikan oleh
Puan Khalidatun Azrin bt. Zainol Abidin 

Dalam pada itu juga, Kementerian Pelajaran meletakkan sasaran  “Sekolah Bebas Dadah 2015”. Untuk itu program ini menjadi tanda aras yang perlu dicapai oleh semua kakitangan pendidikan serta ibu bapa dalam menyampaikan pengetahuan kepada murid-murid dalam usaha menentang ancaman dadah di negara ini.      
Hadiah pemenang kuiz Anti Dadah
disampaikan oleh Guru Besar SKTM
Nyanyian lagu ‘Dadah Durjana’oleh
guru-guru Sek.Keb Telok Malek.
Majlis tersebut diselitkan dengan ucapan daripada guru bertugas yang telah menyampaikan ceramah mengenai penyalahgunaan dadah.  Ucapan beliau menerangkan serba sedikit tentang jenis dadah yang disalahgunakan oleh penagih dadah seperti ubat batuk, pil dan daun ketum. Pada majlis Perasmian tersebut juga diserikan dengan beberapa persembahan murid-murid Sekolah Kebangsaan Telok Malek. Persembahan yang pertama ialah persembahan pantun daripada dua orang murid Sekolah Kebangsaan Telok Malek dan juga Kuiz anti Dadah. Majlis diakhiri dengan nyanyian oleh semua guru dan murid lagu ‘Dadah Durjana’ .

No comments:

Post a Comment